HOME > Media Centre > Corporate Social Responsibility
E-mail this page      Printer view

AKLEH BAWA PENGHUNI ASDAF MEMBELI-BELAH AKLEH BAWA PENGHUNI ASDAF MEMBELI-BELAH

Kuala Lumpur, Isnin 1 Ogos 2011- Dalam menyambut kehadiran Aidilfitri, Projek Lintasan Kota Sdn Bhd pengendali Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) telah membawa seramai 48 orang penghuni Asrama Darul Falah (ASDAF), Bukit Persekutuan membeli belah.

Kanak-kanak yang yang berusia daripada 9 sehingga 17 tahun ini telah dibawa ke sebuah gedung membeli belah di ibu kota oleh sekumpulan petugas AKLEH dan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) iaitu syarikat induk.

Kakitangan PROLINTAS dan wakil pasaraya Jusco Wangsa Maju mengiringi anak-anak yatim dari Asrama Darul Falah (ASDAF) untuk membeli pakaian sebagai persediaan hari raya.

Rombongan AKLEH yang terdiri daripada jurutol, peronda dan bahagian pengurusan bersama-sama membantu anak-anak yatim memilih kelengkapan sekaligus merapatkan lagi ukhuwah sesama penghuni dan warga kerja.

Dalam program selama setengah hari itu, kanak-kanak telah diceriakan dengan aktiviti membeli belah kelengkapan Aidilfitri seperti baju dan kasut.

Engku Mohd Fauzi Engku Hatim, Pengurus Besar AKLEH menyatakan bahawa program ini sebagai tanda keprihatinan AKLEH terhadap kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

“AKLEH sentiasa berusaha keras untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat luar, kedatangan Aidilfitri dilihat sebagai peluang terbaik untuk menzahirkan usaha ini”, ujar beliau lagi.

Kakitangan PROLINTAS sedang membantu anak-anak yatim dari Asrama Darul Falah (ASDAF) memilih pakaian sebagai persediaan hari raya di Jusco Wangsa Maju.

Program yang terletak dalam kalendar tanggungjawab sosial korporat (CSR), aktiviti oleh AKLEH ini merupakan salah satu usaha organisasi untuk menghargai masyarakat awam terutama golongan yang kurang bernasib baik. Selain itu program ini dapat meningkatkan hubungan dua hala dan sekaligus membentuk satu muhibah.

Mengenai PROLINTAS

Projek Lintasan Kota Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat penuh Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah pemegang konsesi bagi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). Sebagai anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) PROLINTAS juga merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

Back

© Copyright 2011 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS)