HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

PENUTUPAN LORONG BERPERINGKAT BAGI KERJA-KERJA PEMBAIKAN DI AKLEH

Kuala Lumpur, Rabu, 28 Disember – Projek Lintasan Kota Sdn Bhd (PLKSB), pengendali Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) memaklumkan penutupan lorong di beberapa lokasi sepanjang lebuhraya bagi kerja-kerja penurapan semula jalan (Pavement Resurfacing).

Proses pembaikan ini adalah demi keselamatan dan keselesaan pengguna AKLEH di masa akan datang. Penutupan penuh akan dilakukan di tujuh tanjakan AKLEH. Walaubagaimanapun, penutupan ini hanya akan dilakukan pada waktu malam iaitu mulai jam 10 malam hingga 4.30 pagi sahaja. Berikut adalah jadual lokasi dan jangkamasa penutupan penuh untuk kerja-kerja pembaikan:-

Sehubungan dengan itu PLKSB menasihati para pengguna AKLEH dari arah Ampang dan Kuala Lumpur supaya menggunakan laluan alternatif pada lokasi dan jangkamasa kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Para pengguna diminta supaya berhati-hati dan mematuhi arahan yang dikeluarkan di kawasan terbabit. Pihak PLKSB memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi. Untuk maklumat terkini sila hubungi talian bebas tol kami di 1-300-88-1012.

- TAMAT -

_________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mohd Ramali Abu Bakar

Pemangku Pengurus Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat di 03 – 2164 2450

_________________________________________________________________________________________________

Projek Lintasan Kota Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat penuh Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat  Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). Sebagai anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) PROLINTAS juga  merupakan pemegang konsesi bagi Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

Back

© Copyright 2011 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS)