PENUTUPAN LORONG BERPERINGKAT BAGI KERJA-KERJA PEMBAIKAN DI AKLEH II
Kuala Lumpur, Jumaat, 13 Januari 2012 – Projek Lintasan Kota Sdn Bhd (PLKSB), pengendali Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) memaklumkan penutupan lorong di susur keluar Jalan Kerja Air Lama 1 pada 16 dan 17 Januari 2012, bagi kerja-kerja penurapan semula jalan (Pavement Resurfacing).
Jadual lokasi dan jangkamasa penutupan penuh untuk kerja-kerja pembaikan adalah seperti berikut:-
| Bil |
Tarikh |
Lokasi |
Mula |
Tamat |
| 1 | 16/01/2012 | Susur Keluar Jalan Kerja Air Lama 1 |
10.00 mlm (16/01/2012) |
4.30 pagi (17/01/2012) |
| 2 | 17/01/2012 | Susur Keluar Jalan Kerja Air Lama 1 |
10.00 mlm (17/01/2012) |
4.30 pagi (18/01/2012) |
Sehubungan dengan itu PLKSB menasihati para pengguna AKLEH dari arah Ampang dan Kuala Lumpur supaya menggunakan laluan alternatif pada lokasi dan jangkamasa kerja-kerja pembaikan dijalankan.
Para pengguna diminta supaya berhati-hati dan mematuhi arahan yang dikeluarkan di kawasan terbabit. Pihak PLKSB memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi. Untuk maklumat terkini sila hubungi talian bebas tol kami di 1-300-88-1012.
- TAMAT –
___________________________________________________________________________________________________
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mohd Ramali Abu Bakar
Pemangku Pengurus Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat di 03 – 2164 2450
___________________________________________________________________________________________________
Projek Lintasan Kota Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat penuh Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). Sebagai anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) PROLINTAS juga merupakan pemegang konsesi bagi Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.


E-mail this page
Printer view
