HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

Kayuhan Malam Earth Hour Shah Alam 2017 Di LKSA

Untuk Siaran Segera

 Shah Alam, 22 Mac 2017 – Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) akan turut menjayakan Kayuhan Malam Earth Hour Shah Alam 2017 pada 25 Mac 2017 nanti. Kayuhan malam tersebut akan melalui LKSA dari Dataran Kemerdekaan Shah Alam hingga ke Bulatan Alam Impian dari jam 8.30 malam sehingga jam 10.00 malam.

Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan agar memandu dengan berhemah dan memberi laluan kepada penunggang basikal yang terlibat. Orang ramai juga diminta mengikut arahan anggota keselamatan dan pasukan polis trafik di laluan yang terlibat.

LKSA memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan  oleh pengguna.

Pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter – @LKSAtrafik. Untuk maklumat lanjut berhubung LKSA, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau  Facebook Page di PROLINTAS Highways.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol 1-300-88-2801.

– Tamat –

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd Ramali Abu Bakar

Pengurus Besar, Divisyen Komunikasi Korporat di 03 – 2164 2450

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)