HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

Kejadian Banjir Kilat Di Taman Bukit Teratai

Untuk Siaran Segera

Kuala Lumpur, 11 April 2017 – Pihak projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) telah menerima panggilan di talian hotline sekitar pukul 4.20 petang tadi mengenai kejadian banjir kilat di Jalan Teratai 1/2, Taman Bukit Teratai.

Seramai 15 ahli pasukan Emergency Rescue Team (ERT) PROLINTAS, iaitu syarikat yang sedang membangunkan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), telah turun ke kawasan tersebut dengan kadar segera untuk menilai dan mengatasi punca kejadian banjir serta membantu penduduk di kawasan tersebut.

Setiba di tempat kejadian, pasukan ERT PROLINTAS memulakan kerja-kerja pemindahan barangan penduduk yang terlibat ke kawasan yang lebih selamat. Pasukan ERT juga memastikan keselamatan penduduk khasnya yang berkaitan dengan elektrik, membersihkan rumah mereka yang terjejas serta menghulurkan bantuan kepada setiap rumah. Peralatan berat seperti jentolak juga telah digunakan untuk kerja-kerja pembersihan. Di samping itu, sebuah keluarga telah dipindahkan ke hotel berdekatan dan makan malam disediakan bagi penduduk yang terjejas.

Pada masa ini, pihak PROLINTAS telah mengenalpasti punca kejadian ialah hujan lebat yang luarbiasa dan juga telah mengakibatkan kebanyakkan kawasan Kuala Lumpur mengalami banjir.

PROLINTAS memandang berat akan kejadian ini dan akan bekerjasama dengan kontraktor untuk langkah selanjutnya untuk mengatasi masalah ini.

Maklumat terkini mengenai kejadian hari ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi kami di:

Telefon hotline              : 1 300 88 9922

Facebook                    : PROLINTAS Highways

Twitter                        : @mySUKEofficial

Emel                           : feedback.suke@prolintas.com.my

Laman web                  : www.mysuke.com.my

 

– Tamat –

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd Ramali Abu Bakar

Pengurus Besar, Divisyen Komunikasi Korporat di 03 – 2164 2450

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang kami di www.prolintas.com.my.

 

 

 

 

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)