HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

Langkah-Langkah Mitigasi Di Kawasan Terlibat di Taman Bukit Teratai

Untuk Siaran Segera

Kuala Lumpur, 12 April 2017 – Hasil dari perbincangan pelbagai pihak dalam mesyuarat yang diadakan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 12 April 2017, pihak projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan melaksanakan beberapa langkah pencegahan banjir di Taman Bukit Teratai yang lebih komprehensif seperti yang diputuskan di mesyuarat tersebut.

Antara langkah-langkah yang akan diambil oleh PROLINTAS bagi mengelakkan kejadian banjir berulang ialah:

1) Desilting – Mendalamkan semula kolam-kolam takungan, penambahbaikan ‘Gabion Wall’ serta mengkaji semula kapasiti kolam takungan air sedia ada, yang perlu dilaksanakan sebelum 17 April 2017.

2) Design – Mengkaji semula rekabentuk saliran dan mitigasi jangka masa panjang yang perlu disiapkan sebelum 15 April 2017.

3) Mitigasi jangka pendek – Pemasangan guni-guni pasir, membersih dan mengemaskini tapak serta memantapkan Emergency Response Team yang perlu dilaksanakan sebelum 17 April 2017.

Kerja-kerja ini akan dipantau dan diperiksa oleh pelbagai pihak berkuasa, antaranya Jawatankuasa Bencana Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan Saliran, Pejabat Tadbir Daerah Hulu Langat dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

PROLINTAS juga menghulurkan bantuan serta membantu dalam proses penilaian kerugian yang ditanggung penduduk akibat dari banjir kilat tersebut dan meneruskan usahanya membantu para penduduk, termasuklah untuk membersihkan kawasan taman dan rumah.

Pada masa yang sama, Pasukan Emergency Rescue Team (ERT) PROLINTAS telah diarahkan untuk terus bersiap sedia bagi membantu mana-mana kawasan yang memerlukan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Telefon Hotline        : 1 300 88 9922

Facebook                   : PROLINTAS Highways

Twitter                       : @mySUKEofficial

Emel                           : feedback.suke@prolintas.com.my

Laman web               : www.mysuke.com.my

Aplikasi Mobile       : PROLINTAS

– Tamat –

______________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd Ramali Abu Bakar

Pengurus Besar, Divisyen Komunikasi Korporat di 03 – 2164 2450

______________________________________________________________________________________________________

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

 

 

 

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)