HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

Fiesta Bubur Lambuk Di GCE

Untuk Siaran Segera

Kuala Lumpur, 18 Mei 2017 – Sempena ketibaan bulan Ramadhan, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan menganjurkan Fiesta Bubur Lambuk pada 20 Mei 2017 (Sabtu) bertempat di Kawasan Rehat dan Rawat Elmina (arah utara) bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan pertandingan memasak bubur lambuk di antara tujuh buah masjid dan surau yang berada di sekitar kawasan GCE. Pertandingan tersebut akan diadili oleh selebriti terkenal seperti Azrul Raja Lawak dan Serina Redzuawan.

Pelbagai hadiah cabutan bertuah turut ditawarkan di mana pengunjung hanya perlu mendaftarkan diri untuk menyertai cabutan bertuah ini. Pengunjung juga berpeluang untuk bertemu dengan selebriti jemputan.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian bebas tol 1-300-88-0035. Bagi mendapatkan info trafik terkini, sila ikuti laman Twitter – @GCEtrafik. Sebarang maklumat lanjut berhubung GCE, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau  Facebook Page di PROLINTAS Highways.

– Tamat –

______________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd Ramali Abu Bakar

Pengurus Besar, Divisyen Komunikasi Korporat di 03 – 2164 2450

______________________________________________________________________________________________________

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

Flyers A5

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)