HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

10% Diskaun Tol di AKLEH, GCE, LKSA dan SILK

Untuk Siaran Segera

Kuala Lumpur, 15 Jun 2017 – Pengguna-pengguna Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 10% sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pemberian diskaun ini melibatkan semua jenis kenderaan iaitu Kelas 1 hingga 5 bermula dari jam 6 pagi hari Ahad,  25 Jun 2017 dan berakhir jam 6 pagi hari Isnin, 26 Jun 2017.

“Pemberian diskaun tol ini bukan sahaja salah satu program tanggungjawab sosial korporat Kumpulan Syarikat PROLINTAS yang dijalankan setiap tahun tetapi juga sebagai penutup tirai aktiviti-aktiviti sempena Ramadhan dan Raya yang dijalankan sepanjang bulan buat pengguna-pengguna lebuh raya kami dan kumpulan-kumpulan sasar yang lain. PROLINTAS juga menasihatkan agar semua pemandu akan sentiasa berhemah ketika memandu pulang ke kampung halaman,” ujar Dato’ Mohammad Azlan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Kumpulan Syarikat PROLINTAS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

– Tamat –

______________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd Ramali Abu Bakar

Pengurus Besar, Divisyen Komunikasi Korporat di 03 – 2164 2450

______________________________________________________________________________________________________

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)