HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

Pelaksanaan Sistem Laluan Kontra Di Persiaran Pulau Angsa  

Untuk siaran segera

Kuala Lumpur, 13 Julai 2017 – Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd, pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), akan melaksanakan sistem laluan kontra di Persiaran Pulau Angsa bermula pada  15 Julai 2017 sehingga 31 Disember 2018.

Perubahan laluan ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah pengurusan trafik bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya DASH di kawasan berkenaan. Sehubungan dengan itu, orang awam diminta untuk mematuhi arahan kawalan trafik bagi memastikan perjalanan yang lancar dan selesa.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi kami di:

Telefon hotline                      : 1 300 88 5522

Facebook                              : PROLINTAS Highways

Twitter                                   : @myDASHofficial

Emel                                      : feedback.dash@prolintas.com.my

Laman web                           : www.mydash.com.my

Aplikasi Telefon Pintar          : PROLINTAS

-TAMAT-

______________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd Ramali Abu Bakar

Pengurus Besar, Divisyen Komunikasi Korporat di 03 – 2164 2450

______________________________________________________________________________________________________

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

 

Print

Print

 

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)