HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

PROLINTAS Kukuhkan Komitmen Terhadap Integriti

Untuk siaran segera

 Kuala Lumpur, 10 Julai 2017 – Kumpulan Syarikat PROLINTAS telah memperbaharui Ikrar Benci Rasuah di kalangan warga kerjanya baru-baru ini.

Hari Integriti PROLINTAS 2017 menyaksikan warga kerja serta pengurusan kanan Kumpulan Syarikat PROLINTAS yang terdiri daripada lebuh raya AKLEH, GCE, LKSA, SILK, SUKE, DASH, Turnpike Synergy Sdn Bhd serta syarikat induknya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd melafazkan Ikrar Benci Rasuah.

Warga kerja PROLINTAS juga telah diberi taklimat oleh juruperunding luar, Encik Rozaidi Razali dari RR Training and Consultancy Sdn Bhd, seorang yang berpengalaman dalam bidang integriti. Beliau turut berkongsi bahan-bahan yang berkaitan dengan integriti serta anti rasuah bagi meningkatkan lagi pengetahuan serta kefahaman kepada peserta.

Dato’ Mohammad Azlan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat PROLINTAS yang berucap ketika merasmikan majlis berkenaan berkata, sifat integriti ini seharusnya bukan sesuatu yang perlu dipupuk di dalam setiap warga kerja tetapi menjadi sifat semulajadi seseorang.

“PROLINTAS telah memasuki tahun kedua pelaksanaan Sistem Integriti Korporat PROLINTAS yang merangkumi derma, tajaan, keraian, dasar tidak menerima hadiah, whistleblowing dan sebagainya. Hari Integriti PROLINTAS 2017 ini diharap dapat memberi semangat baru dan memperkukuhkan lagi pengetahuan serta komitmen semua warga kerja pengurusan dalam mempertahankan Sistem Integriti Korporat PROLINTAS.”

“Ia juga diadakan bagi memperkenalkan sistem ini kepada warga kerja dari Lebuhraya Kajang SILK yang telah diambil alih oleh PROLINTAS baru-baru ini.”

Organisasi yang ingin bekerjasama dengan PROLINTAS dinasihatkan membaca ringkasan Sistem Integriti Korporat PROLINTAS di laman web www.prolintas.com.my.

– Tamat –

______________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd Ramali Abu Bakar

Pengurus Besar, Divisyen Komunikasi Korporat di 03 – 2164 2450

______________________________________________________________________________________________________

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

 

 

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)