HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

Kerja-Kerja Penurapan Semula Di Lebuhraya Koridor Guthrie 

Untuk Siaran Segera

Kuala Lumpur, 10 Ogos 2017 – PROLINTAS Expressway Sdn Bhd (PESB), pemegang konsesi bagi Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan menjalankan kerja-kerja penurapan semula secara berperingkat di kedua-dua hala di sepanjang lebuhraya tersebut.

Kerja-kerja penurapan akan bermula pada Isnin, 14 Ogos 2017 sehingga Jumaat, 13 Oktober 2017. Kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:

  • KM2.5 sehingga KM22.13 (arah selatan)
  • KM4.3 sehingga KM11.5 (arah utara)
  • Persimpangan Paya Jaras (arah selatan)

“Ini merupakan inisiatif berterusan GCE di dalam usaha untuk memberikan keselesaan kepada pengguna lebuh raya,” ujar Haji Khairul Nizam Baharudin, Pengurus Besar, GCE.

Pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter @GCEtrafik. Sebarang maklumat lanjut berhubung GCE, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau Facebook Page di PROLINTAS Highways.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol 1-300-88-0035.

– Tamat –

______________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd Ramali Abu Bakar,

Pengurus Besar, Divisyen Komunikasi Korporat di 03-2164 2450

______________________________________________________________________________________________________

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

 

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)