HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

Penutupan Lorong Kanan Di Kedua-Dua Arah Jalan Lingkaran Tengah 2

Untuk Siaran Segera

Kuala Lumpur, 16 Ogos 2017 – Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd, pemegang konsesi bagi Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) kini giat melaksanakan penutupan lorong kanan di Jalan Lingkaran Tengah 2, berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Penutupan lorong kanan bagi kedua-dua arah ini akan bermula jam 10.00 malam sehingga 5.00 pagi setiap hari, dan dijadualkan berakhir pada Rabu, 13 September 2017.

Kerja-kerja penutupan ini adalah untuk memberi laluan kepada aktiviti kajian tanah sepanjang 1.8km di bahagian median, Jalan Lingkaran Tengah 2.

Pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi arahan kakitangan di kawasan kerja serta papan-papan tanda yang diletakkan di sekitar kawasan terbabit.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi kami di:

Telefon hotline         : 1 300 88 9922

Facebook                 : PROLINTAS Highways

Twitter                      : @mySUKEofficial

Emel                         : feedback.suke@prolintas.com.my

Laman web              : www.mysuke.com.my

– Tamat –

______________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd Ramali Abu Bakar,

Pengurus Besar, Divisyen Komunikasi Korporat di 03-2164 2450

______________________________________________________________________________________________________

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

Print

 

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)