HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

 PROLINTAS Semarakkan Sambutan Kemerdekaan

Untuk Siaran Segera

Kuala Lumpur, 29 Ogos 2017 – Bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan, Kumpulan Syarikat PROLINTAS telah mengambil inisiatif dengan mengibarkan Jalur Gemilang di semua lebuh raya kendaliannya.

Empat lebuh raya di bawah Kumpulan Syarikat PROLINTAS iaitu Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK) kelihatan begitu meriah dengan berkibarnya Jalur Gemilang.

Dato’ Mohammad Azlan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat PROLINTAS menyatakan bahawa pemasangan Jalur Gemilang ini adalah bagi menyahut seruan kerajaan di dalam usaha mempamerkan semangat cinta akan negara di kalangan masyarakat. Usaha ini berupaya memupuk perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

“Sempena sambutan 60 tahun kemerdekaan ini, marilah bersama-sama menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan sebagai melahirkan rasa kecintaan kepada tanahair seterusnya menghargai nilai kemerdekaan yang dikecapi selama ini,” ujar beliau.

Pemasangan Jalur Gemilang di tiang lampu sepanjang lebuh raya, plaza tol, bangunan pentadbiran dan kawasan rehat dan rawat adalah aktiviti tahunan PROLINTAS setiap kali menjelangnya bulan kemerdekaan.

– Tamat –

______________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd Ramali Abu Bakar,

Pengurus Besar, Divisyen Komunikasi Korporat di 03-2164 2450

______________________________________________________________________________________________________

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

 

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)