HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

Lencongan Lorong Kanan Di Kedua-Dua Arah  Jalan Lingkaran Tengah 2

Untuk Siaran Segera

Kuala Lumpur, 29 September 2017 – Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd, pemegang konsesi bagi Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan melaksanakan lencongan lorong kanan sepenuhnya di Jalan Lingkaran Tengah 2, berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Lencongan lorong kanan kedua-dua arah di sepanjang 1.8 km bahagian median Jalan Lingkaran Tengah 2 ini adalah untuk memberi laluan bagi kerja-kerja pembinaan lebuh raya seperti pemasangan cerucuk, struktur dan rasuk.

Kerja ini dijadualkan bermula pada 30 September 2017 dan dijangka berakhir sehingga 28 Februari 2019 dan pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi panduan keselamatan yang ditetapkan. Walau bagaimanapun laluan tiga lorong di kawasan tersebut masih dikekalkan.

Ciri-ciri keselamatan seperti pemasangan kon keselamatan, papan tanda, penghadang plastik dan konkrit akan ditempatkan di kawasan terbabit. Di samping itu, Emergency Traffic Response Patrol akan bertugas 24 jam bagi menghadapi sebarang kecemasan.

Sebagai alternatif, pengguna disarankan untuk menggunakan Lebuhraya KL-Seremban dan Lebuhraya BESRAYA untuk ke pusat bandar.

                                                                                                             – Tamat –

______________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd Ramali Abu Bakar,

Pengurus Besar, Divisyen Komunikasi Korporat di 03-2164 2450

______________________________________________________________________________________________________

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK) Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

Informasi SUKE dan Komponen Komunikasi

Telefon Hotline        : 1 300 88 9922

Facebook                 : PROLINTAS Highways

Twitter                       : @mySUKEofficial

Emel                         : feedback.suke@prolintas.com.my

Laman web               : www.mysuke.com.my

Aplikasi Mudah alih  : PROLINTAS

Notice Road Closure_MALAY-01

 

 

 

 

 

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)