HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

Kerja-Kerja Rancangan Tebatan Banjir Di Jalan Susur AKLEH

Untuk Siaran Segera

Kuala Lumpur, 30 Oktober 2017 – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan memulakan kerja-kerja rancangan tebatan banjir di susur masuk Jalan Tun Razak (at-grade), 1202 A.

Penutupan sementara secara berperingkat jalan susur masuk ini akan bermula pada 3 November 2017 sehingga 27 November 2017 dari 11.00 malam hingga 4.00 pagi.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif untuk ke Jalan Tun Razak menerusi Jalan Ampang dan Jalan Yap Kwan Seng. Untuk ke Jalan Sultan Ismail atau ke Pusat Bandar Kuala Lumpur, pengguna dinasihatkan untuk mengguna Jalan Raja Abdul Aziz dan Jalan Raja Abdullah.

Pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter – @AKLEHtrafik. Untuk maklumat lanjut berhubung AKLEH, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau Facebook Page di PROLINTAS Highways.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol 1-300-88-1012.

– Tamat –

______________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;

En. Mohd Ramali Abu Bakar, Tel: 03-2164 2450 / ramali@prolintas.com.my

En. Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas.com.my

Puan Norhanim Zakaria, Tel: 013-336 4261 / hanimz@prolintas.com.my

En. Mustafa Akmal Ariffin, Tel:  012-6933 487 / mustafa@prolintas.com.my

______________________________________________________________________________________________________

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK) Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

AKLEH - Penutupan AKLEH untuk RTB - Malay

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)