HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

Kerja-kerja Rancangan Tebatan Banjir di Jalan Susur AKLEH

Untuk Siaran Segera

Kuala Lumpur, 6 Oktober 2017 – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan memulakan kerja-kerja tebatan banjir di susur keluar Jalan Tun Razak (at-grade), 1202 A.

Penutupan sementara jalan susur keluar ini secara berperingkat akan bermula pada 6 Oktober 2017 sehingga 3 November 2017 dari 10.00 malam hingga 4.00 pagi sahaja.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk mengguna laluan alternatif ke Jalan Tun Razak menerusi Jalan Ampang dan Jalan Yap Kwan Seng. Untuk ke Jalan Sultan Ismail atau ke Pusat Bandar Kuala Lumpur, pengguna dinasihatkan untuk mengguna Jalan Raja Abdul Aziz dan Jalan Raja Abdullah.

Pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter – @AKLEHtrafik. Untuk maklumat lanjut berhubung AKLEH, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau Facebook Page di PROLINTAS Highways.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol 1-300-88-1012.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd Ramali Abu Bakar,

Pengurus Besar, Divisyen Komunikasi Korporat di 03-2164 2450


Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK) Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

Kerka-kerja Tebatan Banjit di Jalan Susur AKLEH

AKLEH RTB Work_diagram_Malay_amend

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)