HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

Penutupan Sementara Laluan Susur Keluar Bulatan Selangor Bagi Kerja-Kerja Pembaikan Saluran Paip Air Bawah Tanah

Untuk Siaran Segera

Kuala Lumpur, 13 Oktober 2017 – Projek Lintasan Shah Alam Sdn Bhd, pemegang konsesi Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA) akan menutup laluan ke susur keluar Bulatan Selangor (Exit 1305) di KM6.1 berhampiran Balai Polis Seksyen 15 (arah ke Pusat Bandar Shah Alam) bagi kerja-kerja pembaikan saluran paip air bawah tanah.

Penutupan sementara akan bermula pada pukul 10 malam hari Jumaat, 13 Oktober 2017 sehingga  pukul 10 malam hari Sabtu, 14 Oktober 2017.

Pengguna lebuh raya LKSA dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif ke Seksyen 15 Shah Alam, Seksyen 16 Shah Alam dan Bandar Klang menerusi Bulatan Jubli Perak dan Bulatan Bunga Lawang.

Pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter – @LKSAtrafik. Untuk maklumat lanjut berhubung LKSA, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau  Facebook Page di PROLINTAS Highways.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol 1-300-88-2801.

– Tamat –


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

En. Mohd Ramali Abu Bakar, Tel: 03-2164 2450 / ramali@prolintas.com.my,

En. Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas/com.my

Pn. Norhanim Zakaria, Tel: 013-336 4261 / hanimz@prolintas.com.my

En. Mustafa Akmal Ariffin Tel: 012-6933 487 / mustafa@prolintas.com.my 


Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

 

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)