HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

PROLINTAS Beri 10% Diskaun Sempena Deepavali

Untuk Siaran Segera

Kuala Lumpur, 12 Oktober 2017 – Sempena dengan sambutan perayaan Hari Deepavali, Kumpulan Syarikat PROLINTAS akan menawarkan 10% diskaun tol untuk kesemua rangkaian lebuh raya di bawah kendalian PROLINTAS iaitu  Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK).

Tawaran diskaun ini akan bermula pada jam 6 pagi Rabu, 18 Oktober 2017 dan berakhir jam 6 pagi Khamis, 19 Oktober 2017 kepada pengguna kelas 1 sahaja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat PROLINTAS, Dato’ Mohammad Azlan Abdullah, “diskaun yang ditawarkan sempena Hari Deepavali ini merupakan satu daripada pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PROLINTAS dan ianya juga adalah tanda terima kasih kepada semua pengguna lebuh raya kami.”

“Melalui tawaran diskaun ini kami berharap ianya dapat meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh pengguna lebuh raya, terutamanya mereka yang merayakan Deepavali,” tambah beliau lagi.

Dijangkakan lebih 300,000 pengguna lebuh raya PROLINTAS bakal menikmati faedah ini.

Mengambil kesempatan ini PROLINTAS mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada rakyat Malaysia beragama Hindu dan berharap agar semua pengguna lebuh raya sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah.

Pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter – @AKLEHtrafik, @GCEtrafik, @LKSAtrafik dan @SILKHighway atau layari laman web kami di www.prolintas.com.my  atau  Facebook di PROLINTAS Highways untuk maklumat lanjut mengenai lebuh raya PROLINTAS.

                                                                                                   – Tamat –

______________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

En. Mohd Ramali Abu Bakar, Tel: 03-2164 2450 / ramali@prolintas.com.my

En. Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas/com.my

Pn. Norhanim Zakaria, Tel : 013-336 4261 / hanimz@prolintas.com.my

En. Mustafa Akmal Ariffin, Tel: 012-6933 487 / mustafa@prolintas.com.my 

______________________________________________________________________________________________________

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

 

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)