HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

Kerja-Kerja Penambahbaikkan Laluan Utama Di LKSA

Kuala Lumpur, 24 November 2017 – Projek Lintasan Shah Alam Sdn Bhd pemegang konsesi bagi Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) kini sedang giat menjalankan kerja-kerja penurapan semula secara berperingkat di kedua-dua hala di sepanjang lebuh raya tersebut.

Kerja-kerja penurapan bermula jam 10.00 malam sehingga 5.00 pagi setiap hari dan dijangka selesai pada pertengahan Januari 2018. Sehubungan dengan itu kerja-kerja lencongan lorong akan dilaksanakan di kawasan-kawasan terbabit.

“Ini merupakan inisiatif berterusan LKSA di dalam usaha untuk memberikan keselesaan kepada pengguna lebuh raya,” ujar Haji Khairul Nizam Baharudin, Pengurus Besar, LKSA.

“Pengguna lebuhraya dinasihatkan untuk berhati-hati ketika menggunakan LKSA pada waktu tersebut dan sentiasa mematuhi papan tanda keselamatan,” tambah beliau lagi.

Pengguna lebuh raya boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter @LKSAtrafik. Sebarang maklumat lanjut berhubung LKSA, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau Facebook Page di PROLINTAS Highways.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol 1-300-88-2801.

– Tamat –

______________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

En. Mohd Ramali Abu Bakar, Tel: 03-2164 2450 / ramali@prolintas.com.my

En. Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas/com.my

Pn. Norhanim Zakaria, Tel : 013-336 4261 / hanimz@prolintas.com.my

En. Mustafa Akmal Ariffin, Tel: 012-6933 487 / mustafa@prolintas.com.my 

______________________________________________________________________________________________________

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)