HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

Lencongan Lorong Kanan Kedua-Dua Arah Di Seksyen 24.7 Sehingga Seksyen 25.2, Jalan Lingkaran Tengah 2

Kuala Lumpur, 24 November 2017 – Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd, pemegang konsesi bagi Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan melaksanakan lencongan lorong kanan bagi kedua-dua arah di bahagian tengah Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), berhampiran Pusat Kebajikan Good Shepherd.

Kerja-kerja lencongan ini akan bermula jam 12.00 tengah malam Isnin, 27 November 2017 dan dijadualkan berakhir pada Khamis, 28 Februari 2019 untuk memberi laluan kepada aktiviti pemasangan cerucuk, struktur dan rasuk bagi pembinaan SUKE di Seksyen 24.7 sehingga Seksyen 25.2, MRR2.

Langkah-langkah keselamatan seperti pemasangan kon keselamatan, papan tanda, penghadang plastik dan konkrit akan ditempatkan di kawasan terbabit. Di samping itu, Emergency Response Team (ERT) akan bertugas 24 jam bagi menghadapi sebarang kecemasan.

Pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi arahan kakitangan di kawasan kerja serta papan tanda yang diletakkan di sekitar kawasan terbabit.

– Tamat –

______________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

En. Mohd Ramali Abu Bakar, Tel: 03-2164 2450 / ramali@prolintas.com.my

En. Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas/com.my

Pn. Norhanim Zakaria, Tel : 013-336 4261 / hanimz@prolintas.com.my

En. Mustafa Akmal Ariffin, Tel: 012-6933 487 / mustafa@prolintas.com.my 

______________________________________________________________________________________________________

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

Informasi SUKE dan Komponen Komunikasi

Telefon Hotline            : 1 300 88 9922

Facebook                      : PROLINTAS Highways

Twitter                           : @mySUKEofficial

Emel                              : feedback.suke@prolintas.com.my

Laman web                   : www.mysuke.com.my

Aplikasi Mudah alih       : PROLINTAS

SUKE CB5 Median Lane Diversion at Ch. 21200 - 22500_MALAY-01

 

 

 

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)