HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

Lorong Kanan Khas ke Putrajaya/Puchong melalui Laluan Kontra di Lebuhraya Kajang SILK

Kuala Lumpur, 15 Disember 2017 – Sistem Lingkaran Lebuhraya-Kajang Sdn. Bhd. pemegang konsesi Lebuhraya Kajang SILK (SILK) akan menjadikan lorong kanan selepas  laluan  kontra  sebagai  lorong  khas  untuk  ke Putrajaya/Puchong  yang bermula di KM 28.3 SILK (arah barat) dan berakhir di KM0.9 SKVE (arah barat) bagi mengurangkan kesesakan pada waktu pagi.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (Projek dan Operasi), Kumpulan Syarikat PROLINTAS, Ir. Rostam Shahrif Tami, “Satu tempoh percubaan akan dilaksanakan mulai 18 Disember 2017 hingga 29 Disember 2017. Lorong kanan khas ini hanya melibatkan kenderaan ringan kelas 1 akan bermula dari 6.30am hingga jam 8.30am pada hari bekerja. Kon keselamatan akan diletakkan di sepanjang laluan berkenaan bagi kemudahan dan panduan para pemandu.”

“Pengguna yang ingin ke Hospital Serdang dinasihatkan agar tidak melalui lorong kanan sebaliknya melalui lorong tengah atau lorong kiri,” tambah beliau lagi.

Pihak SILK akan memantau pelaksanaan sepanjang tempoh percubaan ini. Para pengguna diingatkan agar peka dengan papan tanda yang dipasang bagi memastikan perjalanan yang lancar.

Untuk mendapatkan maklumat trafik terkini, pengguna boleh melayari twitter @SILKHighway. Sebarang maklumat lanjut berhubung SILK, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau Facebook di PROLINTAS Highways.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline 03-8921 0123.

– Tamat –

__________________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

En. Mohd Ramali Abu Bakar, Tel: 03-2164 2450 /  ramali@prolintas.com.my 

En. Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas.com.my 

Pn. Norhanim Zakaria, Tel: 013-336 4261 /  hanimz@prolintas.com.my 

En. Mustafa Akmal Ariffin, Tel: 012-6933 487 /  mustafa@prolintas.com.my 

__________________________________________________________________________________________________________

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Ia  merupakan pemegang  konsesi  Lebuhraya  Bertingkat  Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)