HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

Program Cuti Sekolah GCE

Untuk Siaran Segera

Kuala Lumpur, 19 Disember 2017 – Bersempena dengan musim cuti sekolah, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan menganjurkan ‘Program Cuti Sekolah GCE’ pada 23 dan 30 Disember 2017 (Sabtu) bertempat di Kawasan Rehat dan Rawat Elmina (arah utara) bermula jam 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang.

Pelbagai aktiviti menarik khas untuk kanak-kanak disediakan antaranya Zoo Mini (Petting Zoo), pertunjukan badut, persembahan busker dan pemberian popcorn dan ais krim.   Kesemua aktiviti yang disediakan adalah percuma untuk semua pengunjung.

Orang ramai diijemput hadir bersama ahli keluarga untuk merasai kemeriahan ‘Program Cuti Sekolah GCE’. Pengunjung juga berpeluang untuk berinteraksi dan bergambar bersama dengan haiwan-haiwan di Petting Zoo seperti ular sawa, arnab, anak ayam, iguana, landak, burung kakak tua, dan lain lain lagi.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian bebas tol 1-300-88-0035. Bagi mendapatkan info trafik terkini, sila ikuti laman Twitter – @GCEtrafik. Sebarang maklumat lanjut berhubung GCE, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau  Facebook Page di PROLINTAS Highways.

– Tamat –
__________________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

En. Mohd Ramali Abu Bakar, Tel: 03-2164 2450 / ramali@prolintas.com.my

En. Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas.com.my

Pn. Norhanim Zakaria, Tel: 013-336 4261 / hanimz@prolintas.com.my

En. Mustafa Akmal Ariffin, Tel: 012-6933 487 / mustafa@prolintas.com.my 

__________________________________________________________________________________________________________

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

 

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)