HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

Gce Anjur Fiesta Bubur Lambuk

Kuala Lumpur, 13 Mei 2018 – PROLINTAS Expressway Sdn. Bhd. (PESB), pengendali bagi Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) menganjurkan Fiesta Bubur Lambuk 2018 di Kawasan Rehat dan Rawat Elmina (arah utara) sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Sebanyak tujuh buah masjid dan surau di sekitar GCE seperti dari Kampung Merbau Sempak, Kampung Kubu Gajah, Saujana, Bukit Subang dan Kuang telah menyertai acara pertandingan memasak bubur lambuk.  Setiap kumpulan yang menyertai telah mempersembahkan kepakaran dan kreativiti masing-masing di dalam penyediaan bubur lambuk.

Selain daripada pertandingan bubur lambuk, Fiesta Bubur Lambuk turut diselitkan dengan tazkirah santai oleh penceramah jemputan dan penampilan istimewa selebriti terkenal iaitu Angah Raja Lawak dan Zalif Sidek. Pengunjung yang bertuah juga telah membawa pulang hadiah menarik seperti barangan elektrik menerusi aktiviti cabutan bertuah yang turut dianjurkan di penghujung program.

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Haji Khairul Nizam Baharuddin, Pengurus Besar, PESB.

Kesemua bubur lambuk yang dihasilkan telah diagihkan kepada orang ramai dan tiga rumah anak yatim iaitu Rumah Kasih Harmoni, Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, Rumah Amal Al-Firdaus Denai Alam dan Persatuan Kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim Damai Kuang.

“Fiesta Bubur Lambuk ini merupakan kesinambungan program pada tahun lepas yang telah menerima sambutan menggalakkan dari orang ramai. Program ini bertujuan untuk memeriahkan sambutan ketibaan bulan Ramadan dan untuk mengeratkan silaturahim di antara GCE dengan masyarakat setempat,” ujar Haji Khairul Nizam.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian bebas tol 1-300-88-0035. Bagi mendapatkan info trafik terkini, sila ikuti laman Twitter, @GCEtrafik. Sebarang maklumat lanjut berhubung GCE, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau  Facebook Page di PROLINTAS Highways.

– Tamat –


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

En. Mohd Ramali Abu Bakar, Tel: 03-2164 2450 /  ramali@prolintas.com.my

En. Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas.com.my

Pn. Norhanim Zakaria, Tel: 013-336 4261 /  hanimz@prolintas.com.my

En. Mustafa Akmal Ariffin, Tel: 012-6933 487 /  mustafa@prolintas.com.my


Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Ia merupakan  pemegang  konsesi  Lebuhraya  Bertingkat  Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)