HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

LKSA Tambahbaik Jalan Bukit Kemuning

Kuala Lumpur, 18 Mei 2018 – Projek Lintasan Shah Alam Sdn. Bhd., pemegang konsesi bagi Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) akan melaksanakan penutupan satu lorong di Jalan Bukit Kemuning berhampiran dengan persimpangan masuk ke  lebuh raya tersebut.

Penutupan sementara di kedua-dua arah ini akan dilaksanakan selama sebulan bermula hari Isnin, 21 Mei 2018 hingga Khamis, 21 Jun 2018 bagi memberi laluan kepada aktiviti penambahbaikan permukaan jalan di sepanjang laluan tersebut.

Sebagai laluan alternatif, pengguna jalan raya yang ingin ke Pusat Bandar Shah Alam dinasihati untuk menggunakan LKSA menerusi Plaza Tol Seri Muda. Manakala pengguna yang ingin ke Bukit Naga boleh menggunakan LKSA menerusi Plaza Tol Alam Impian.

Pengguna dikehendaki untuk mematuhi semua panduan keselamatan dan arahan sepanjang penutupan tersebut.

Untuk sebarang pertanyaan penutupan, sila hubungi talian bebas tol 1-300-88-2801. Bagi mendapatkan info trafik terkini, sila ikuti laman Twitter @LKSAtrafik. Sebarang maklumat lanjut berhubung LKSA, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau  Facebook Page di PROLINTAS Highways. 

– Tamat –


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
En. Mohd Ramali Abu Bakar, Tel: 03-2164 2450 /  ramali@prolintas.com.my
En. Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas.com.my
Pn. Norhanim Zakaria, Tel: 013-336 4261 /  hanimz@prolintas.com.my
En. Mustafa Akmal Ariffin, Tel: 012-6933 487 /  mustafa@prolintas.com.my


Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan  pemegang  konsesi  Lebuhraya  Bertingkat  Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)