HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

Orang Ramai Dipelawa Untuk Kunjungi Fiesta Bubur Lambuk 2018 Di Gce

Kuala Lumpur, 10 Mei 2018 – Mengambil kesempatan dengan ketibaan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi, PROLINTAS Expressway Sdn. Bhd. (PESB), pengendali bagi Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan menganjurkan Fiesta Bubur Lambuk 2018.

Program tahunan di GCE ini bermula pada 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari, hari Ahad, 13 Mei 2018 di Kawasan Rehat dan Rawat Elmina (arah utara) akan diserikan dengan aktiviti seperti pertandingan memasak bubur lambuk di antara masjid-masjid yang terletak di Kampung Merbau Sempak, Kampung Kubu Gajah, Saujana, Bukit Subang dan Kuang, tazkirah santai oleh penceramah jemputan dan penampilan istimewa selebriti terkenal iaitu Angah Raja Lawak dan Zalif Sidek. Pengunjung yang bertuah akan membawa pulang hadiah menarik seperti barangan elektrik menerusi aktiviti cabutan bertuah yang turut dianjurkan pada program tersebut.

Sebanyak lapan buah periuk besar bubur lambuk akan diedarkan kepada pengunjung dan rumah-rumah kebajikan berhampiran jajaran GCE.

Orang ramai dan peminat juadah bubur lambuk dijemput hadir. Untuk sebarang pertanyaan hubungi talian bebas tol 1-300-88-0035 dan maklumat terkini, sila ikuti laman Twitter – @GCEtrafik, laman web www.prolintas.com.my dan  Facebook Page di PROLINTAS Highways.

– Tamat –


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
En. Mohd Ramali Abu Bakar, Tel: 03-2164 2450 /  ramali@prolintas.com.my
En. Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas.com.my
Pn. Norhanim Zakaria, Tel: 013-336 4261 /  hanimz@prolintas.com.my
En. Mustafa Akmal Ariffin, Tel: 012-6933 487 /  mustafa@prolintas.com.my


Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan  pemegang  konsesi  Lebuhraya  Bertingkat  Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)