HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

Penutupan Lorong Kiri Sementara Di LDP Dan Lencongan Sementara Di Damansara Perdana

Kuala Lumpur, 7 Mei 2018 – Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd, pemegang konsesi bagi Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH)  kini sedang melaksanakan penutupan sementara bagi lorong kiri di KM3.9 sehingga KM4.1 (arah utara), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) selama tujuh bulan dan dijangka berakhir pada November 2018. Lencongan sementara ini akan dilaksanakan di luar waktu puncak iaitu pada jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang dan 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi.

Sementara itu di Jalan PJU 8/1 dan Jalan PJU 8/2 Damansara Perdana, kerja-kerja lencongan kini sedang berlangsung dan dijadualkan berakhir pada Jumaat, 18 Mei 2018.

Kerja-kerja penutupan dan lencongan di kedua-dua kawasan ini adalah bagi memberi ruang untuk kerja-kerja pembinaan Lebuhraya DASH dijalankan di kawasan-kawasan tersebut.

Bagi memastikan keselamatan pengguna lebuhraya, pihak DASH akan memasang kon keselamatan, papan tanda, penghadang plastik dan konkrit di kawasan terbabit. Di samping itu, kakitangan Emergency Response Team (ERT) bertugas 24 jam bagi membantu mengawal trafik di kawasan terbabit. Pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi panduan keselamatan yang ditetapkan.

-Tamat –


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

En. Mohd Ramali Abu Bakar, Tel: 03-2164 2450 /  ramali@prolintas.com.my

En. Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas.com.my

Pn. Norhanim Zakaria, Tel: 013-336 4261 /  hanimz@prolintas.com.my

En. Mustafa Akmal Ariffin, Tel: 012-6933 487 /  mustafa@prolintas.com.my


Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Ia  merupakan  pemegang  konsesi  Lebuhraya  Bertingkat  Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

 Informasi DASH dan Komponen Komunikasi

Telefon Hotline : 1 300 88 5522

Facebook : PROLINTAS Highways

Twitter : @myDASHofficial

Emel : feedback.dash@prolintas.com.my

Laman web : www.mydash.com.my

Aplikasi Mudah alih : PROLINTAS

 

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)