HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

Penutupan Sementara Jalan Ampang Di Kedua-Dua Arah

Kuala Lumpur, 10 Mei 2018 – Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd, pemegang konsesi bagi Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan melaksanakan penutupan sementara Jalan Ampang (kedua-dua arah), bermula dari simpang Taman Kosas sehingga simpang Jalan Desa Ampang.

Penutupan sementara ini akan dilaksanakan dari 9.00 malam hingga 7.00 pagi, bermula hari Isnin, 14 Mei 2018 sehingga hari Jumaat, 18 Mei 2018 bagi memberi laluan kepada aktiviti pemasangan rasuk (beam) bagi projek pembinaan Lebuhraya SUKE.

Sebagai laluan alternatif, pengguna jalan raya yang ingin ke Jalan Bukit Belacan boleh menggunakan Jalan Wawasan Ampang ke Jalan Watan 20 dan seterusnya ke Jalan Desa Ampang. Manakala pengguna yang ingin ke Pusat Bandar Kuala Lumpur perlu menggunakan Jalan Desa Ampang ke Jalan Watan 20 dan seterusnya ke Jalan Wawasan Ampang.

Langkah-langkah keselamatan seperti kawalan lalulintas, pemasangan kon keselamatan, papan tanda amaran, penghadang plastik dan konkrit akan ditempatkan di kawasan berkenaan. Di samping itu, Emergency Response Team (ERT) juga akan bertugas 24 jam bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi arahan kakitangan dan papan tanda di sekitar kawasan terbabit.

– Tamat –


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
En. Mohd Ramali Abu Bakar, Tel: 03-2164 2450 / ramali@prolintas.com.my
En. Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas/com.my
Pn. Norhanim Zakaria, Tel : 013-336 4261 / hanimz@prolintas.com.my
En. Mustafa Akmal Ariffin, Tel: 012-6933 487 / mustafa@prolintas.com.my 


Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

Informasi Lebuhraya SUKE dan Komponen Komunikasi

Telefon Hotline        : 1 300 88 9922
Facebook                : PROLINTAS Highways
Twitter                    : @mySUKEofficial
Emel                       : feedback.suke@prolintas.com.my
Laman web             : www.mysuke.com.my
Aplikasi Mudah alih  : PROLINTAS

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)