HOME > Media Centre > News & Happenings
E-mail this page      Printer view

Penutupan Sementara Jalan PJU 7/9, Mutiara Damansara

Kuala Lumpur, 21 Jun 2018 – Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd, pemegang konsesi bagi Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan melaksanakan penutupan sementara di Jalan PJU 7/9, Mutiara Damansara di kedua-dua arah bagi memberi laluan kepada aktiviti pelancaran rasuk jambatan (beam) bagi projek pembinaan Lebuhraya DASH.

Penutupan sementara ini akan dilaksanakan selama lapan jam setiap hari, bermula 11.00 malam hingga 5.00 pagi, Selasa, 26 Jun 2018 hingga Isnin, 16 Julai 2018.

Sebagai laluan alternatif, pengguna jalan raya yang ingin ke Mutiara Damansara boleh menggunakan Jalan PJU 7/6, manakala pengguna yang ingin ke Lebuhraya SPRINT boleh menggunakan Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana.

Langkah-langkah keselamatan seperti kawalan lalulintas, pemasangan kon keselamatan, papan tanda amaran, penghadang plastik dan konkrit akan ditempatkan di kawasan berkenaan. Di samping itu, Emergency Response Team (ERT) juga akan bertugas 24 jam bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi arahan kakitangan dan papan tanda di sekitar kawasan terbabit.

– Tamat –


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

En. Mohd Ramali Abu Bakar, Tel: 03-2164 2450 / ramali@prolintas.com.my
En. Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas/com.my
Pn. Norhanim Zakaria, Tel : 013-336 4261 / hanimz@prolintas.com.my
En. Mustafa Akmal Ariffin, Tel: 012-6933 487 / mustafa@prolintas.com.my


Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my. 

Informasi DASH dan Komponen Komunikasi

Telefon Hotline         : 1 300 88 5522
Facebook                    : PROLINTAS Highways
Twitter                        : @myDASHofficial
Emel                            : feedback.dash@prolintas.com.my
Laman web                 : www.mydash.com.my
Aplikasi Mudah alih : PROLINTAS

Back

© Copyright 2017 Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd - PROLINTAS (331374-X)