PERADUAN VIDEO ASPIRASI MERDEKA MALAYSIAKU

cara penyertaan

TERMA & SYARAT – PERADUAN VIDEO

  1. Pertandingan Video ‘Aspirasi Merdeka Malaysiaku’ dianjurkan oleh Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS). Dengan menyertai peraduan ini, anda akan dianggap telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat ini sepenuhnya. PROLINTAS berhak pada bila-bila masa, mengubah, meminda, menghapus atau menambah terma dan syarat di sini yang difikirkan sesuai. Anda dinasihatkan untuk memeriksa akaun media sosial PROLINTAS dari masa ke semasa untuk sebarang perubahan atau pengumuman.
  2. Peraduan ini bermula pada jam 9 pagi, 15 Ogos 2020 dan berakhir pada jam 11.59 malam, 31 Ogos 2020. Penyertaan yang diterima selepas waktu yang ditetapkan akan hilang kelayakan dan tidak layak dipertimbangkan.
  3. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dari semua peringkat umur.
  4. Penyertaan mesti dimuat naik ke akaun media sosial peserta dan dengan kapsyen sendiri, termasuk #MerdekaDenganProlintas tidak lebih dari 25 patah perkataan. Akaun peserta mesti ditetapkan ke mod awam sebelum memuat naik dan sepanjang tempoh peraduan ini.
  5. Hanya penyertaan video dalam Bahasa Malaysia dan tempoh maksimum 60 saat yang akan diterima.
  6. PROLINTAS berhak untuk menolak mana-mana penyertaan atas sebarang sebab termasuk tetapi tidak terhad kepada penyertaan yang dianggap sensitif dari segi bangsa, agama, bahasa dan / atau melanggar terma dan syarat peraduan. PROLINTAS berhak menentukan sebarang konteks berkaitan dengan penyertaan yang sensitif dan setiap keputusan yang dibuat oleh PROLINTAS yang berkaitan dengannya adalah muktamad.
  7. Seorang individu boleh menghantar lebih dari satu penyertaan.
  8. Sebarang penggunaan bahan hak cipta (muzik, gambar, logo, dll.) yang digunakan dalam video adalah tanggungjawab peserta dan kebenaran perlu diminta jika diperlukan. PROLINTAS tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang berkaitan dengan bahan penyertaan yang dikemukakan termasuk tetapi tidak terhad kepada tuntutan pelanggaran hak cipta, penipuan dan / atau pelanggaran kontrak.
  9. Semua penyertaan video yang dihantar akan menjadi hak milik PROLINTAS dan boleh digunakan untuk tujuan publisiti di semua platform media pada bila-bila masa.
  10. Keputusan hakim mengenai semua perkara yang berkaitan dengan pertandingan adalah muktamad dan mutlak. Tidak ada perbincangan, surat-menyurat, pertanyaan, tuntutan, tentangan dan tindakan dalam hal apa pun yang akan dilayan berkaitan dengan keputusan.
  11. Kecuali Hadiah Saguhati dalam bentuk tunai, Hadiah Utama (iPhone SE dan iPad Mini) tidak boleh ditebus dan / atau ditukar dengan wang tunai. Semua hadiah perlu diterima sepenuhnya oleh pemenang dan hadiah yang diberikan oleh PROLINTAS tidak termasuk dengan apa-apa jenis jaminan samada tersurat atau tersirat.
  12. Pemenang akan dihubungi melalui mana-mana platform penyertaan tersebut dihantar (Instagram atau Facebook).
  13. Pemenang akan dijemput ke upacara penyampaian hadiah pada tarikh yang akan dimaklumkan. Sekiranya pemenang tidak dapat menghadiri acara tersebut, pemenang boleh mencalonkan wakil untuk menghadiri acara tersebut dan pencalonan tersebut mesti dimaklumkan kepada PROLINTAS, 24 jam sebelum acara itu dimulakan.
  14. Imej pemenang atau wakil boleh digunakan untuk tujuan publisiti di semua platform media PROLINTAS pada bila-bila masa.