๐,๐๐๐ ๐ฉ๐๐ค ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ซ ๐ฅ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ค ๐๐ข๐๐๐๐ซ๐ค๐๐ง ๐๐ข ๐๐๐๐ฎ๐ก๐ซ๐๐ฒ๐ ๐๐๐

Berkongsi rezeki Ramadan kali ini, PROLINTAS menerusi anak syarikatnya Prolintas Expressway Sdn. Bhd., pengendali Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), telah mengedarkan kira-kira 2,000 pek bubur lambuk kepada pengguna lebuh raya di Plaza Tol Bukit Jelutong, Lebuhraya GCE.
โProgram Advokasi Keselamatan Jalan Raya dan Edaran Bubur Lambukโ itu berjaya dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Adabi Consumers Industries Sdn Bhd (Adabi).
Penyediaan dan pengedaran bubur lambuk yang dijalankan sejak pagi tadi melibatkan kira-kira 100 kakitangan daripada ketiga-tiga organisasi tersebut.