CSR

300 POKOK BAKAU SEMPENA 30 TAHUN PROLINTAS

300 POKOK BAKAU SEMPENA 30 TAHUN PROLINTAS

Pada 28 Jun, PROLINTAS telah melaksanakan program penanaman bakau pertamanya melalui inisiatif PROLINTAS Naturelink: Mangrove Mission, yang juga merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-30 syarikat.

Bersempena program ini, PROLINTAS dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menanam sebanyak 300 pokok bakau di Taman Rekreasi Paya Bakau Kampung Sijangkang, sebagai tanda komitmen syarikat terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar.

Program ini turut disertai warga kerja, pengurusan kanan PROLINTAS serta para pelajar UPM, mencerminkan semangat bersama bahawa setiap usaha kecil mampu memberikan impak yang besar.

Inisiatif ini merupakan permulaan kepada pelbagai lagi program komuniti dan alam sekitar yang bakal dianjurkan PROLINTAS dari semasa ke semasa.

#PROLINTASHighways #CSR #SDG