FIESTA BUBUR LAMBUK PROLINTAS 2025 SEMARAK KEHADIRAN RAMADAN

Pertandingan Memasak Bubur Lambuk antara masjid dan surau di sekitar Lebuhraya SUKE telah berlangsung dengan penuh meriah! Acara ini bukan sahaja meraikan warisan tradisi, tetapi juga mengeratkan hubungan dalam komuniti.
Lebih 1,000 pek bubur lambuk yang dimasak dalam pertandingan ini telah diagihkan kepada para pengunjung yang hadir serta kariah masjid dan surau yang terlibat bagi memastikan lebih ramai dapat merasai keberkatan menjelang Ramadan.
Tahniah kepada Surau Al-Zikra Pangsapuri Anggerik yang muncul juara dalam pertandingan ini. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program Fiesta Bubur Lambuk PROLINTAS 2025.