DASH TERIMA ANUGERAH TANDAS AWAM BERSIH!
Hentian Sebelah Arah Barat, Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) telah menerima pengikhtirafan Anugerah Tandas Awam Bersih 2024 dalam kategori Hentian Awam, anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Anugerah disampaikan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Tuan Haji Mohamad Zahri Haji Samingon, kepada Encik Mohamed Ibrahim Packeer Mohamed, Pengurus Besar DASH pagi semalam bertempat di Dewan Sivik MBPJ.
Majlis Penyampaian Anugerah Premis Makanan dan Tandas Awam Bersih dianjurkan sempena Hari Tandas Sedunia 2024. Ia bertujuan memberi pengiktirafan kepada pengusaha premis makanan dan tandas awam atas inisiatif menjaga kebersihan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.