CSR

Gotong Royong Perpustakaan SK Taman Bukit Subang

Semperna musim cuti persekolahan yang bakal tiba, warga kerja PROLINTAS telah bekerjasama membersihkan dan membaikpulih Perpustakaan di SK Taman Bukit Subang bagi menarik minat pelajar untuk datang ke sekolah. Selain itu, PROLINTAS juga turut menyumbang tambahan bahan bacaan baru serta menaja lukisan mural berkonsepkan lebuh raya di sekitar bangunan sekolah.