Announcements

Stay updated with the latest happenings.

Informasi Terkini berkenaan tanjakan susur keluar dari lebuhraya SUKE ke Jalan Cheras

Informasi Terkini berkenaan tanjakan susur keluar dari lebuhraya SUKE ke Jalan Cheras

26 September 2022

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) menerusi anak syarikatnya Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd ingin memaklumkan informasi terkini kepada umum berkenaan tanjakan susur keluar dari Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Berikut penjelasan daripada Bahagian Operasi Lebuhraya SUKE:

  1. Bahagian Operasi Lebuhraya SUKE bersama perunding dilantik sedang mengkaji reka bentuk sesuai untuk mengubah tanjakan susur keluar ke Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga) dekat lampu isyarat ke PGA/Jalan Medan Masria kepada dua lorong.

 

  1. Melihat kepada kapasiti jalan yang agak luas, tanjakan susur keluar itu boleh ditambah baik menjadi dua lorong. Ini akan membantu untuk mengurangkan tempoh masa beratur dan seterusnya berupaya untuk membenarkan lebih banyak kenderaan keluar dari tanjakan itu pada satu-satu masa.

 

  1. Kajian juga dijalankan bersama syarikat konsesi Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE) untuk meneliti semula keseluruhan konfigurasi lampu isyarat termasuk berdekatan Maktab PDRM yang juga dibawah kendaliannya.

 

  1. Dua unit papan tanda “Dilarang Belok Kanan” akan diletakkan pada 200 meter sebelum simpang ke CKE dan satu lagi di simpang terbabit untuk memberi amaran kepada pengguna agar tidak membelok ke kanan yang boleh memperlahankan kenderaan sehingga mengakibatkan timbunan trafik. Kedua-dua papan tanda berkenaan dijangka siap dipasang minggu ini.

 

  1. Sebahagian daripada jalan susur (dari Gereja St Francis of Assisi, Jalan Cheras ke Jalan Medan Masria) kira-kira sepanjang 400 meter itu telah siap dan baki 200m lagi masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada akhir Februari 2023.

 

  1. Semua tindakan-tindakan yang diambil ini akan memudahkan perjalanan pengguna Lebuhraya SUKE dan melancarkan trafik dekat jalan-jalan sambungan di sekitarnya.