Public Service Announcements

Stay updated with the latest happenings.

Inisiatif Penambahbaikan Bagi Mengurangkan Kesesakan di Susur Keluar Lebuhraya DASH ke Penchala Link, Sprint

Inisiatif Penambahbaikan Bagi Mengurangkan Kesesakan di Susur Keluar Lebuhraya DASH ke Penchala Link, Sprint

Lanjutan maklum balas pengguna serta hasil pemantauan pihak Bahagian Operasi Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) berkenaan kesesakan di susur keluar Lebuhraya DASH ke Penchala Link, Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) menuju ke arah Sungai Penchala, TTDI dan Kuala Lumpur, beberapa inisiatif penambahbaikan telah dilaksanakan seperti berikut:

  1. Kerja-kerja pelebaran jalan sedang dijalankan di susur keluar Lebuhraya DASH ke Lebuhraya SPRINT bermula dari KM5.5 sehingga KM5.3 menuju ke arah Kuala Lumpur dan dijangka siap pada pertengahan Disember 2022.
  1. Hasil perbincangan bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Lebuhraya SPRINT dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bersetuju untuk:
  • Melaksanakan penutupan lorong perlahan dari KM5.6 ke KM5.3 menuju ke arah Kuala Lumpur, Lebuhraya SPRINT pada waktu puncak sepanjang tempoh pelebaran jalan. Kon-kon keselamatan diletakkan di sepanjang lorong perlahan terbabit bermula dari jam 6.30 pagi sehingga 9.00 pagi.
  • Menambah baik konfigurasi lampu isyarat dengan tempoh masa dipanjangkan di beberapa lampu isyarat di Persimpangan TTDI Penchala Link, SPRINT dan Persiaran Dato’ Sulaiman.
  1. Pasukan Peronda DASH juga ditempatkan di lokasi penutupan lorong perlahan untuk memantau aliran trafik dan bersedia membantu sekiranya ada kenderaan yang rosak atau berdepan sebarang kecemasan.

Pihak syarikat sentiasa mengenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil bagi menambah baik perkhidmatan lebuh raya yang disediakan dari semasa ke semasa.  Segala pandangan yang diterima akan diambil kira dan penyelesaian berkesan akan dilaksanakan demi keselesaan pengguna.