Press Releases

Media coverage on our services and corporate activities.

Kadar tol baharu empat lebuhraya kendalian prolintas turun 8 hingga 15 peratus

Kadar tol baharu empat lebuhraya kendalian prolintas turun 8 hingga 15 peratus

Kuala Lumpur, 19 Oktober 2022 – Kadar tol empat lebuh raya di bawah pengendali lebuh raya bandar terbesar di Lembah Klang, Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) akan diturunkan antara lapan (8) dan lima belas (15) peratus (%) bermula Khamis, 20 Oktober 2022 jam 12.01 tengah malam.

Pengurangan kadar tol ini membabitkan kenderaan Kelas Satu (kenderaan yang mempunyai dua gandar contohnya kereta penumpang dan tiga atau empat roda, kecuali teksi dan bas), Kelas Empat (teksi) dan Kelas Lima (bas) di empat lebuh raya terlibat.

Bagi kenderaan Kelas Dua (kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda, kecuali bas) dan Kelas Tiga (kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih, kecuali bas), kadar tol adalah tidak berubah.

Empat lebuh raya terlibat ialah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK).

Berikut adalah kadar tol baharu untuk Kelas Satu (kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda, kecuali teksi dan bas):


Lebuh Raya

Kadar Tol Baharu (RM)

Kadar Tol Sebelum Diskaun (RM)

Anggaran Peratusan Penurunan (%)

AKLEH

2.13

2.50

15

GCE

1.75

1.90

8

LKSA (Seri Muda)

1.56

1.70

8

LKSA (Alam Impian)

0.83

0.90

8

Kajang SILK

1.66

1.80

8

 

Kadar tol baharu untuk Kelas Empat (teksi):


Lebuh Raya

Kadar Tol Baharu (RM)

Kadar Tol Sebelum Diskaun (RM)

Anggaran Peratusan Penurunan (%)

AKLEH

1.53

1.80

15

GCE

0.83

0.90

8

LKSA (Seri Muda)

0.83

0.90

8

LKSA (Alam Impian)

0.83

0.90

8

Kajang SILK

0.83

0.90

8

 

Manakala, kadar tol baharu untuk Kelas Lima (bas) seperti berikut:


Lebuh Raya

Kadar Tol Baharu (RM)

Kadar Tol Sebelum Diskaun (RM)

Anggaran Peratusan Penurunan (%)

AKLEH

1.28

1.50

15

GCE

1.29

1.40

8

LKSA (Seri Muda)

1.10

1.20

8

LKSA (Alam Impian)

0.55

0.60

8

Kajang SILK

0.92

1.00

8

Seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada 13 Oktober 2022 lalu, penurunan kadar tol ini menandakan keprihatinan kerajaan terhadap masalah rakyat yang berdepan dengan masalah kenaikan kos sara hidup.

PROLINTAS komited untuk menyediakan perkhidmatan lebuh raya yang terbaik pada setiap masa termasuklah dari aspek operasi dan penyelenggaraan lebuh raya sehinggalah pengalaman perjalanan semua pelanggan di semua lebuh raya kendaliannya.

Pihak syarikat juga akan terus menyokong usaha-usaha kerajaan yang boleh memberi manfaat dan impak positif kepada rakyat.