Events

Recent corporate milestones and momentous occasions.

LAWATAN TUDM KE LEBUHRAYA DASH

LAWATAN TUDM KE LEBUHRAYA DASH

PROLINTAS berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Lebuhraya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH) hari ini.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama antara PROLINTAS dan TUDM, serta memberi pendedahan mengenai operasi dan struktur lebuh raya.

Turut hadir semasa lawatan ialah Pengurus Besar #DASH, Encik Mohamed Ibrahim Packeer Mohamed; Ketua Bahagian Trafik & Keselamatan PROLINTAS, Encik Ts. Mohd Fauzi Mat Wazir dan Pegawai Keselamatan Pangkalan Udara Subang, Mejar Sukri Sarjeng.