Featured Events

Minggu Saham Digital

Minggu Saham Digital

Sertailah #MingguSahamDigital, sebuah acara yang bersiaran langsung selama 7 hari dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik berunsur pendidikan dan menghiburkan; melibatkan personaliti-personaliti dan pakar-pakar industri yang terkenal untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bagi memperkasakan lagi rakyat Malaysia dari semua peringkat umur untuk #LaburBersama – semuanya dari keselesaan rumah anda!

Dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), acara ini akan disiarkan secara langsung setiap hari melalui Facebook dan YouTube dari 18 hingga 24 November 2020, pada 12.30 tengah hari hingga 10.30 malam. Ikuti laman-laman sosial media kami di Facebook dan Instagram di @minggusahamdigital untuk mendapatkan segala maklumat terkini dan peluang memenangi hadiah-hadiah lumayan dalam peraduan #EhManaKod.

#MingguSahamDigital #LaburBersama