CSR

PROJEK CINTA: BANTU BANDUAN JANA PENDAPATAN

PROJEK CINTA: BANTU BANDUAN JANA PENDAPATAN

PROLINTAS tampil sebagai salah satu syarikat yang menyumbang bagi menjayakan Projek “Creating Income Opportunities” (CINTA) anjuran pelajar Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-GSB) dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia bagi membantu penghuni Penjara Wanita Kajang menjana pendapatan.

Lebih RM52,000 dana bantuan yang berjaya dikumpul daripada penaja terlibat bertujuan antara lain untuk menambah baik fasiliti serta peralatan program kemahiran untuk banduan dalam penjara tersebut.

Antara yang ditambah baik hasil daripada projek ini ialah peralatan program kemahiran pembuatan kek, biskut dan makanan sejuk beku.

Penjara Wanita Kajang menyediakan beberapa peluang pekerjaan kepada banduan untuk menjana pendapatan dalam tempoh tahanan termasuk penghasilan produk makanan, pekhidmatan menjahit serta salun dan spa penjagaan diri.