CSR

PROLINTAS & PDRM teruskan pelancaran Op Selamat ke-18

PROLINTAS & PDRM teruskan pelancaran Op Selamat ke-18

Kerjasama erat antara PROLINTAS dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diteruskan lagi dalam pelancaran Op Selamat ke-18 bagi peringkat IPD Kajang dan IPD Shah Alam yang telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Kajang dan Ketua Polis Daerah Shah Alam bertempat di Plaza Tol Sungai Balak, Kajang SILK dan Plaza Tol Bukit Jelutong, GCE.

Sebagai kesinambungan Op Selamat yang dijalankan oleh pihak PDRM pada musim perayaan saban tahun, operasi sempena aidilfitri 2022 ini memfokus pada kelancaran aliran trafik bagi pengguna jalan raya disamping memastikan keselamatan serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah dan meminimumkan kes kemalangan.

#ProlintasHighways #AKLEH #GCE #LKSA #SILK #SUKE #DASH #Ramadan1443 #PDRM #OPSselamat18