PROLINTAS JAYAKAN IBADAH KORBAN BERSAMA KOMUNITI

Sempena sambutan Aidiladha, PROLINTAS meneruskan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyumbangkan sebanyak 12 ekor lembu korban kepada masjid dan surau di sekitar enam lebuh raya kendaliannya.
Daging korban daripada sumbangan ini telah diagihkan kepada golongan B40 dan asnaf sebagai usaha membantu serta menyemarakkan semangat Aidiladha dalam kalangan komuniti setempat.
PROLINTAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan ibadah korban ini. Semoga usaha ini dapat memperkukuh hubungan dengan komuniti dan membawa keberkatan kepada semua.
#PROLINTASHighways #Aidiladha