Featured News

PROLINTAS Konsesi PROLINTAS Konsesi Pertama Lancarkan S3 Teknologi

PROLINTAS Konsesi PROLINTAS Konsesi Pertama Lancarkan S3 Teknologi

Kuala Lumpur, 28 October 2020 – Seiring dengan transformasi pendigitalan, Kumpulan Syarikat PROLINTAS telah menjadi syarikat konsesi pertama di Malaysia melancarkan Sistem Pemantauan Lebuh Raya berteraskan teknologi pintar yang dinamakan PROLINTAS Smart Surveillance System (S3) di kesemua lebuh raya seliaanya seperti Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK) baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Mohammad Azlan Abdullah, pelancaran S3 telah menempa nama PROLINTAS sebagai syarikat konsesi pertama di Malaysia yang membangunkan teknologi ini dan sekaligus telah meletakkan PROLINTAS setanding dengan syarikat konsesi yang sedia ada di Malaysia.

“PROLINTAS amat berbangga dengan pelancaran teknologi S3 ini, ianya sejajar dengan usaha berterusan pihak syarikat dalam meningkatkan kadar keselamatan dan tahap kepuasan pengguna lebuh raya. Inisiatif ini telah mengetengahkan cara kerja yang efisyen dan moden di samping menyokong usaha kerajaan menggalakkan penglibatan syarikat korporat dalam usaha pemantapan Revolusi Industri 4.0,” ujar Dato’ Mohammad Azlan.

Secara ringkasnya, S3 berkeupayaan untuk mengesan insiden di atas lebuh raya seperti pengesanan kemalangan, objek asing dan haiwan. Selain itu, S3 juga dapat mengesan kondisi semasa asset dan kerosakan asset seperti rekahan permukaan jalan, jalan berlubang, kawasan lintasan air dan pelbagai lagi yang memerlukan tindakan penyelenggaraan atau pembaikan.

Keupayaan mengesan objek dan insiden ini dibangunkan menerusi dash board camera yang dipasang di setiap kenderaan ronda.

Teras utama kepada pelaksanaan S3 ini adalah penggunaan teknologi artificial intelligence yang diberi nama AISYA (artificial intelligence system analytics). Artificial intelligence ini menjana S3 untuk membuat pengkelasan, pengesanan, analisis maklumat dan laporan digital secara bersepadu.

Bagi memantapkan lagi fungsi S3 ini, real time dan case escalation automation telah disepadukan sekaligus meningkatkan kecekapan pengawasan dan kepantasan penyaluran maklumat.

Dalam pada masa yang sama, PROLINTAS telah menghasilkan sistem aplikasi pengurusan operasi lebuh raya iaitu PROLINTAS Integrated Maintenance Escalations (PRIME) yang dibangunkan menggunakan platform Microsoft Kaizala & Flow. Dengan PRIME ini, ianya akan memantapkan lagi teknologi S3 bagi penjanaan laporan kerosakkan asset di lebuh raya.

Selain itu, pembangunan PRIME ini turut membantu proses penjanaan modul automasi bagi penjadualan kerja-kerja penyelenggaraan dan pendigitalan di mana borang manual akan digantikan dengan action card menerusi platform Microsoft Kaizala.

Dengan adanya teknologi ini, ianya membantu operasi lebuh raya seliaan PROLINTAS  agar lebih berdaya saing dan sistematik sekaligus memberikan fokus yang optima dalam menjamin keselamatan dan kepuasan pengguna lebuh raya.

– Tamat –


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Katheja Begum, Tel: 012-692 9504 / katheja@prolintas.com.my
Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas.com.my
Mustafa Akmal Ariffin, Tel: 012-6933 487 / mustafa@prolintas.com.my
Pejabat : 03-2164 2450


Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Ia  merupakan  pemegang  konsesi  Lebuhraya  Bertingkat  Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.