CSR

PROLINTAS meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama komuniti

PROLINTAS meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama komuniti

PROLINTAS mengambil peluang untuk menyambut Tahun Baru Cina dengan kunjungan amal ke Hiichiikok Foundation, dan Home For The Children by Rumah Charis di Kuala Lumpur. Antara aktiviti-aktiviti sambutan perayaan yang dianjurkan ialah jamuan makan tengah hari, memasang tanglung, persembahan muzik tradisional Cina, pertunjukan badut, dan adat membakar mercun.

Sambutan amal itu ialah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PROLINTAS dalam usaha meraikan Tahun Baru Cina bersama anak-anak yatim dan yang kurang bernasib baik.

PROLINTAS sentiasa bersama komuniti meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan mengedar hamper makanan dan barangan keperluan kepada 300 keluarga B40 yang tinggal di sekitar jajaran lebuh raya-lebuh raya seliaannya.

Ini merupakan sebahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama persatuan penduduk, ahli majlis perbandaran, Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dan pejabat pengurusan kediaman.

Gong Xi Fa Cai!