CSR

Sumbangan barangan keperluan harian kepada 600 buah keluarga di sekitar jajaran lebuh raya PROLINTAS

Dengan kehadiran bulan Ramadan bagi umat Islam di seluruh dunia, PROLINTAS telah menyalurkan bantuan dalam bentuk bekalan makanan asas kepada 600 buah keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar jajaran lebuh raya seliaan PROLINTAS. Diharapkan bahawa sumbangan tersebut dapat memberikan sedikit kegembiraan di bulan Ramadan terutamanya dalam mengharungi kehidupan semasa di dalam musim pandemik COVID-19.