CSR

TRASH-TO-TREASURE (T2T) – PPR JELATEK

TRASH-TO-TREASURE (T2T) – PPR JELATEK

PROLINTAS meneruskan inisiatif kelestarian sosial korporat melalui program berteraskan ESG bersama komuniti. Siri ke-2 ‘The Good Oil Workshop’ telah diadakan bersama penduduk PPR Jelatek, bersebelahan Lebuhraya AKLEH.

Para peserta diberikan pendedahan tentang kepentingan amalan lestari iaitu penggunaan semula bahan terpakai disamping mempelajari kemahiran baharu untuk menghasilkan sabun buatan sendiri.

Bengkel penghasilan sabun menggunakan minyak masak terpakai itu merupakan kerjasama strategik dengan organisasi bukan kerajaan (NGO) alam sekitar, EcoKnights.