CSR

TRASH-TO-TREASURE (T2T)

TRASH-TO-TREASURE (T2T)

Minyak masak terpakai boleh jadi sabun! Cara penghasilannya dikongsikan bersama komuniti di Kampung Sungai Balak, Kajang dalam ‘The Good Oil Workshop’ yang dijalankan baru-baru ini.

Program itu merupakan sebahagian daripada siri inisiatif CSR berteraskan alam sekitar dan komuniti yang dijalankan PROLINTAS dengan kerjasama EcoKnights, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti tentang kepentingan mengitar semula barangan terpakai demi kelestarian dan pemuliharaan alam sekitar.

Pelaksanaan program ini juga selaras dengan usaha mencapai SDG 11: Bandar dan Masyarakat Mampan.

Semoga bermanfaat!