Events

Recent corporate milestones and momentous occasions.

Tuisyen Pintar Tajaan PROLINTAS Beri Manfaat Kepada 100 Calon SPM

Tuisyen Pintar Tajaan PROLINTAS Beri Manfaat Kepada 100 Calon SPM

Ampang, 17 Disember 2022 – Seramai 100 calon SPM daripada keluarga berpendapatan rendah telah menerima manfaat tuisyen secara percuma menerusi Program Tuisyen Pintar Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang ditaja PROLINTAS.

Seiring dengan komitmen berterusan syarikat melaksanakan tanggungjawab sosial korporat berteraskan pendidikan, PROLINTAS amat berbesar hati inisiatif ini telah dijlalankan dengan jayanya.

Pelajar terlibat yang terdiri daripada 4 sekolah sekitar Hulu Langat dan Gombak iaitu SMK Bukit Indah, SMK Hulu Kelang, SMK Taman Kosas dan SMK Bandar Baru Ampang telah menerima bimbingan guru-guru bertauliah untuk 5 mata pelajaran teras SPM.

Setelah 10 siri tuisyen dijalankan, hari ini telah diadakan Majlis Perasmian Penutupan Program Tuisyen Pintar YPM @ KKDW 2022 disempurnakan oleh Ketua Divisyen Komunikasi Korporat PROLINTAS, Badri Ibrahim di SMK Bukit Indah.

PROLINTAS berharap agar semua pelajar terlibat akan berjaya menjawab peperiksaan dengan baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang.