Events

Recent corporate milestones and momentous occasions.

PROLINTAS, UTM PERKUKUH JALINAN IPT-INDUSTRI

PROLINTAS, UTM PERKUKUH JALINAN IPT-INDUSTRI

Satu memorandum persefahaman (MoU) telah dimetrai antara PROLINTAS dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi memperkukuh kerjasama dalam pelbagai aspek termasuk menyediakan peluang latihan industri kepada pelajar universiti berkenaan.

Pertukaran dokumen MoU itu telah dijalankan antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Dato’ Mohammad Azlan Abdullah dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTM, Prof. Dr. Rosli Md. Illias dalam satu majlis bersempena Program UTM Nexus Expo 2023, pada 26 Oktober 2023.

Menyaksikan pertukaran dokumen MoU itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Mohammad Yusof Apdal dan Naib Canselor UTM, Professor Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail.

MoU yang dijalankan selama tiga tahun itu melibatkan tiga aspek kerjasama iaitu penyelidikan dan inovasi, pendidikan menyeluruh, kebolehpasaran graduan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Semoga dengan kerjasama ini mampu membantu bakal graduan memperoleh pengetahuan dan pengalaman diperlukan sebelum tamat pengajian serta mewujudkan platform untuk perkongsian ilmu dan kemahiran antara kedua-dua pihak.