CSR

SUMBANGAN KEPADA WARIS MANGSA NAHAS ELMINA

SUMBANGAN KEPADA WARIS MANGSA NAHAS ELMINA

Sebagai tanda keprihatinan syarikat selaku penyedia lebuh raya terbesar di Lembah Klang, PROLINTAS menyantuni serta menyerahkan sumbangan kepada waris mangsa nahas pesawat di Persimpangan Elmina, Lebuhraya GCE baru-baru ini.

Wakil PROLINTAS telah hadir menziarah keluarga salah seorang mangsa nahas, Sharipuddin Shaari, pemandu e-hailing di kediaman mereka dan menyampaikan sumbangan. Manakala, sumbangan turut diserahkan kepada waris seorang lagi mangsa, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, penghantar makanan.

Pada 17 Ogos, 10 mangsa disahkan maut di lokasi insiden selepas pesawat terhempas di atas overbridge Persimpangan Elmina yang terletak dalam kawasan penyelenggaraan Lebuhraya GCE.

Dua mangsa tersebut merupakan pengguna lebuh raya yang melalui lokasi berkenaan ketika kejadian.